Tuesday, 24 April 2012

MEMBUDAYAKAN ICT DALAM PENDIDIKAN

Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.  Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.

LANGKAH 1: KEMUDAHAN KOMPUTER
-        Menyediakan Makmal komputer dan peralatan komputer di sekolah-sekolah di Bandar dan Luar Bandar dengan lengkap oleh Kementerian Pendidikan

LANGKAH 2: KEMAHIRAN GURU DAN PENSYARAH
-          Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT hanya sedikit ataupun terhad bagi sesebuah sekolah termasuk di sekolah bestari atau (smart school). Oleh itu bilangan guru dan juruteknik yang berkemahiran perlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan penggunaan baik dan berkesan . Guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan bengkel atau kursus ICT kepada guru. Dengan adanya bengkel kemahiran ICT bagi para guru akan berupaya meningkatkan efikasi.

LANGKAH 3: MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN

-         Penggunaan ICT dalam bidang  pendidikan dapat meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku, kapur dan papan hitam.Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar. Soalan peperiksaan dan nota juga boleh dimasukkan ke dalam email atau laman web yang digunapakai untuk menggalakkan penggunaan ICT.

LANGKAH 4: SIKAP DAN MINAT GURU/PENSYARAH
-          Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.
LANGKAH 5: MENGGALAKAN PENCIPTAAN & INOVASI
-          Pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan Mungkin cara ini sangat sesuai kepada orang ramai yang meminati bidang ini tanpa perlu mereka berbelanja besar untuk ke luar Negara.   Selain itu pertandingan mereka cipta berkonsepkan inovasi juga perlu digalakkan kepada semua masyarakat untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bidang ciptaan, seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

LANGKAH 6:  MEMASUKKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM KOKURIKULUM DI SEKOLAH/UNIVERSITI 
-         Sekolah, kolej dan universiti merupakan institusi formal yang melatih dan mengasah kemahiran dan pengetahuan pelajar mengenai ICT. Teknologi dan Inovasi harus dimasukkan dalam salah satu aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah lagi bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar kepentingan komputer dalam pendidikan dan pelajar dapat membiasakan diri untuk menggunakan ICT dalam proses pembelajaran yang lebih Kreatif dan berkesan.
  
.

 
 
 
 

MEMBUDAYAKAN ICT DI KAMPUS

ICT adalah merupakan gabungan kemajuan dalam komunikasi teknologi elektonik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur maklumat supaya dapat membuat ke Information and Communication Technologies (ICT), putusan yang tepat. Dalam pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CDROM untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Universiti perlu menonjolkan peranannya sebagai satu agen perubahan yang dapat menyumbangkan kepada penerokaan ilmu. Oleh yang demikian, fungsi dan tanggungjawab Universiti semakin mencabar. Rentetan ledakan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi termasuk ICT yang semakin dinamik telah menyebabkan negara memerlukan bukan sahaja kemahiran menggunakan ICT malah meneroka dan menjana ICT sendiri. Jadi, Universiti perlu untuk menerajui perkembangan ini untuk membudayakan ICT bukan sahaja di kalangan warga kampus malah meningkatkan kesedaran kepada orang ramai supaya celik dan seterusnya mahir dalam ICT.

Kemajuan ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi satu cabaran kepada negara dan sistem pendidikan khususnya untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT.  Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai peneraju ICT dalam dunia pendidikan perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan.  Penggunaan ICT juga mampu membawa perubahan dan pembaharuan kepada sistem pendidikan ke arah memartabatkan pendidikan negara pada peringkat antarabangsa.





LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUDAYAKAN ICT DALAM PENDIDIKAN

LANGKAH 1: KEMUDAHAN KOMPUTER
-           Menyediakan Makmal komputer dan peralatan komputer di sekolah-sekolah di
Bandar dan Luar Bandar dengan lengkap
LANGKAH 2: MENINGKATKAN KEMAHIRAN GURU DAN PENSYARAH
-          Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT hanya sedikit ataupun terhad bagi sesebuah sekolah termasuk di sekolah bestari atau (smart school). Oleh itu bilangan guru dan juruteknik yang berkemahiran perlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan penggunaan baik dan berkesan . Guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan bengkel atau kursus ICT kepada guru. Dengan adanya bengkel kemahiran ICT bagi para guru akan berupaya meningkatkan efikasi.

LANGKAH 3: MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PROSES
                     PENGAJARAN DALAM PEMBELAJARAN
-          Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dapat meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam pembelajaran tradisi yang sebelum ini terhad kepada penggunaan buku, kapur dan papan hitam.Dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan komputer adalah menumpu kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik serta mampu merangsang minda dan menambah kefahaman pelajar. Soalan-soalan latihan turut dimuatkan selepas pengajaran setiap tajuk agar pelajar dapat menilai kefahaman tahap mereka, di samping memperkukuhkan pembelajaran. Peranan guru pula masih kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai bahan bantu mengajar bagi menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.

LANGKAH 4: SIKAP DAN MINAT GURU/PENSYARAH
-          Seorang pendidik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti professional untuk menjalankan tugasnya dengan berkesan mengikut nilai-nilai keguruan. Kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas. Seseorang guru bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, guru hendaklah sentiasa berazam menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya dapat menjalankan tugas mengajar dengan cekap dan sempurna. Ini merupakan salah satu usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesionalisme keguruan.
LANGKAH 5: MENGGALAKAN PENCIPTAAN & INOVASI
-          Pameran ciptaan inovasi yang terkini perlu diadakan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian seperti GPS, ROBOTIC dan sebagainya.  Mungkin cara ini sangat sesuai kepada orang ramai yang meminati bidang ini tanpa perlu mereka berbelanja besar untuk ke luar Negara.   Selain itu pertandingan mereka cipta berkonsepkan inovasi juga perlu digalakkan kepada semua masyarakat untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam bidang ciptaan, seterusnya boleh dipalikasikan dalam kehidupan seharian.

LANGKAH 6:  MEMASUKKAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM
                          KOKURIKULUM DI SEKOLAH/UNIVERSITI 
-          Sekolah, kolej dan universiti merupakan institusi formal yang melatih dan mengasah kemahiran dan pengetahuan pelajar mengenai ICT. Aspek-aspek pendidikan yang penting dikaji termasuklah kurikulum yang disediakan, proses mengajar dan belajar, persediaan dan latihan guru, sokongan prasarana dan bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.
.

LANGKAH 7: PEMBUDAYAAN ICT DI RUMAH DENGAN PEMANTAUAN
                      IBUBAPA

-          Pembudayaan terhadap ICT bermula di rumah. Bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan di rumah merupakan asas untuk pelajar berkembang maju di bidang ini. Rata-rata ibu bapa memberi sokongan kepada pelajar dalam dua perkara, menggalakkan pelajar mengambil subjek teknologi maklumat, pengkomputeran dan lainlain dan  menggalakkan mereka belajar di peringkat pengajian tinggi dalam bidang ICT.

RUMUSAN
Kelebihan Utama alat ICT untuk pendidikan adalah melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan untuk pengajaran dan meningkatkan memori pelajar , melalui ICT dengan mudah pengajaran dapat menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman pelajar dan  pengajar boleh membuat sesi interaktif dan membuat pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan kehadiran pelajar serta konsentrasi.